Peluang Perniagaan Internet

Perniagaan internet cukup menguntungkan kerana kos permulaan yang rendah. Terdapat banyak cara untuk buat duit secara online. Mengikut statistik pengguna internet didunia mencecah 999 juta pengguna. Di Malaysia sahaja pengguna internet mencecah 9.5 juta pengguna. Peluang anda mendapat pelanggan adalah 80% melalui internet.

Sebelum anda memulakan perniagaan internet atau buat duit online anda haruslah membina strategi atau mengambil langkah untuk menjana keuntungan yang maksimum.

1. Produk

Pemilihan produk adalah penting dalam perniagaan internet. Anda harus memilih produk yang mempunyai permintaan tinggi. Contoh produk yang lari di internet adalah produk kesihatan, buku, pakaian, alat elektronik dan banyak lagi. Cara senang untuk memilih produk adalah berdasarkan hobi anda. Katakan anda minat membaca. Anda boleh menjual buku, surat khabar atau majalah secara online.

2. Laman Web

Laman web merupakan tapak perniagaan internet. Sebelum membina laman web atau website and perlu menyewa domain name dan hosting. Kos menyewa adalah seratus ringgit setahun atau sepuluh ringgit sebulan. Cukup murah daripada menyewa kedai.

3. Pemprosesan Bayaran

Anda boleh memilih pelbagai bayaran. Contoh pemprosesan kad kredit, pindahan wang secara online dan wang pos. Contoh pembayaran secara online yang popular dan anda boleh gunakan. http://www.paypal.com (proses kad kredit) dan http://www.maybank2u.com.my (pemindahan wang online)

4. Promosi

Promosi adalah paling penting yang anda perlu ambil berat. 90% perniagaan internet gagal kerana kurang promosi. Antara cara promosi yang berkesan adalah melalui forum, email, menyewa tapak iklan dan menulis artikel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s