TIPS MENGELAK KEMALANGAN JALANRAYA



Rancang Perjalanan Anda

Jika anda akan melakukan perjalanan jauh, rancanglah perjalanan untuk mengelakkan rasa letih dan mengantuk. Tulis atau tandakan perjalanan anda di dalam peta perjalanan anda pastikan laluan alternatif yang boleh digunakan jika jalan utama mengalami kesesakan atau tidak boleh dilalui.

* Elakkan dari memulakan perjalanan pada waktu awal pagi atau memandu pada waktu tengahari selepas waktu kerja.
* Anda hendaklah berhenti berehat setiap 2 jam masa pemanduan dan berehat tidak kurang dari 20 minit.
* Ada baiknya jika anda ditemani oleh pemandu kedua yang boleh memandu secara bergilir.
* Anda lebih selamat menggunakan pengangkutan awam

Periksa kenderaan anda:

* Tayar dalam keadaan baik;
* Tekanan angin tayar yang mencukupi;
* Lampu hadapan, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi;
* Cecair enjin kenderaan seperti minyak enjin dan minyak brek yang mencukupi
* Selenggara kenderaan anda di pusat perkhidmatan kenderaan mengikut jadual

Mengantuk Semasa Memandu

* Jika anda rasa mengantuk semasa memandu, besar kemungkinan anda akan terlibat dalam kemalangan jika ianya dibiarkan berterusan.
* Menambah kesejukan penghawa dingin, membuka tingkap kenderaan, mendengar radio, bercakap atau menyanyi hanya dapat menghilangkan rasa mengantuk untuk sementara waktu.
* Kesempatan tersebut boleh membantu anda untuk mencari tempat yang sesuai dan selamat untuk berhenti.
Perkara-perkara berikut boleh dilakukan bila anda merasa mengantuk:

* Jangan meneruskan perjalanan, cari tempat yang sesuai dan selamat untuk berhenti berehat
* Minum secawan atau dua cawan kopi keras yang mempunyai kandungan kafeina yang tinggi
* Tidur dalam tempoh 15 minit atau lebih. Hanya tidur sahaja yang boleh menghilangkan rasa mengantuk

Terlelap semasa memandu

Kemalangan jalanraya banyak berlaku kerana pemandunya letih dan mengantuk. Ini mungkin disebabkan:

* Perjalanan yang jauh dan menjemukan terutamanya sewaktu memandu di lebuhraya
* Memandu di antara pukul 2.00 pagi hingga 6.00 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
* Minum minuman keras sebelum memandu
* Mengambil ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk
* Tergopoh-gapah untuk pulang selepas menyelesaikan tugas giliran malam
* Tahap dan jumlah masa tidur yang tidak mencukupi semasa memandu

Tips sebelum memandu

* Pastikan brek, lampu isyarat, tayar dan lain-lain dalam keadaan baik;
* Sentiasa membuat penyelenggaraan kenderaan anda mengikut tahap yang telah ditetapkan;
* Sentiasa mengikut undang-undang dan tanda-tanda amaran di jalanraya;
* Sabar dan bertimbang rasa di jalanraya dan sentiasa mengutamakan keselamatan jalanraya.

Keselamatan Kanak-kanak di Dalam Kereta:

* Tempat duduk kanak-kanak dan bayi adalah di tempat duduk belakang kereta. Elakkan daripada meletakkan mereka di tempat duduk hadapan kerana ianya amat merbahaya jika terjadi kemalangan.
* Sesetengah kereta mempunyai beg udara yang boleh mencederakan kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak berapa tinggi apabila ia menggelembung.
* Pastikan bayi atau kanak-kanak sentiasa diikat dengan kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak-kanak. Gunakan tempat duduk yang sesuai dengan usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula mestilah dikancing dengan kemas dan sempurna. Ini amat penting untuk menjamin keselamatan mereka!
* Untuk memastikan seorang kanak-kanak atau bayi yang aktif terikat dengan kemas di kerusi masing-masing bukanlah suatu kerja mudah tetapi ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka sekiranya terjadi kemalangan.
* Walaupun kanak-kanak berusia di antara empat hingga dua belas tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta. Jika tidak, anda boleh memasangnya.
* Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh duduk di tempat duduk hadapan tetapi pastikan mereka memakai tali pinggang keledar dengan sempurna sekalipun untuk perjalanan yang dekat.
* Tali pinggang keledar hendaklah dipakai seketat mungkin. Tali pinggang duduk hendaklah dipakai di paras pelvis bukannya di atas perut. Pastikan tali pinggang tempat duduk bayi berada di atas bahu mereka bukannya di leher dan jangan biarkan bayi mengeluarkan sebahagian bahu mereka dari tali pinggang keledar.
* Kanak-kanak biasanya akan menjadi tidak tenteram apabila memakai tali pinggang keledar. Mereka akan merengek atau meragam minta dilepaskan dari ikatan. Jangan sekali-kali mengalah dengan mereka kerana semuanya adalah untuk keselamatan mereka. Dan jangan sekali-kali meriba bayi atau kanak-kanak walaupun untuk perjalanan yang dekat.
* Kanak-kanak juga tidak boleh ditinggalkan sendirian di dalam kereta kerana mereka boleh lemas akibat daripada suhu dalam kereta yang boleh meningkat dengan mendadak. Lagipun, kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian sering menjadi mangsa penculikan.
* Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda.
* Pastikan mereka sentiasa selamat di jalan raya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s