Magnet Hiburan Penarik Bisnes Mamak

Hiburan untuk pelanggan menjadi satu ciri yang wujud dalam perniagaan India Muslim. Hiburan di premis perniagaan berperanan menimbulkan rasa selesa, seronok dan tenang kepada pelanggan apabila melakukan transaksi jualan dan perkhidmatan. Ia menjadi unsur penting bagi mana-mana premis perniagaan India Muslim bagi menjadikan hiburan sebagai stratei mendekatkan pelanggan kepada jualan.

Di restoran-restoran India Muslim, penggunaan televisyen dan layar putih menjadi seakan keperluan bagi menghidupkan suasana perniagaan. Ia menjadi faktor membawa para pelanggan berkumpul dan menonton serta pada masa sama membuat pesanan hidangan. Televisyen dan layar putih yang disediakan seolah-olah ia menjadi milik pelanggan apabila peniaga tahu memilih rancangan yang sesuai dan diterima ramai.

Perubahan sikap pelanggan datang ke premis perniagaan India Muslim juga disebabkan faktor hiburan ini. Kedatangan pelanggan ke premis perniagaan bukan semata-mata hidangan yang ditawarkan. Restoran milik India Muslim menjadi tempat aktiviti dan bersosial para pelanggan bagi berkongsi aktiviti yang sama.

Televisyen dan layar putih yang menayangkan pelbagai rancangan juga menjadi pencetus jualan yang menguntungkan peniaga. Hiburan sampingan yang disediakan ini mencipta jualan-jualan produk dan perkhidmatan teras perniagaan India Muslim. Sukan, filem dan konsert adalah tiga jenis tayangan yang boleh menarik jumlah pelanggan ke premis perniagaan pada satu-satu masa.

Demam bola ketika Piala Dunia menjadi kajian kes perniagaan yang menarik untuk dikaji oleh peniaga-peniaga tempatan. Beberapa restoran India Muslim dipilih menjadi lokasi tontonan umum para pelanggan bagi mengikuti beberapa siri perlawanan bola sepak antara negara yang kebanyakkanya berlanjutan sehingga ke awal pagi.

Peminat-peminat bola sepak menjadikan restoran India Muslim sebagai tempat berkumpulnya para penyokong. Ia secara langsung mencipta label baru kepada restoran tersebut sebagai tempat rasmi pertemuan sesama penyokong bola sepak. Dengan terciptanya label baru ini, pada masa akan datang para pelanggan dan bakal pelanggan yang berkongsi minat yang sama akan menjadikan ia tempat berkumpul. Aliran pelanggan yang konsisten timbul kesan daripada label yang diberikan oleh pelanggan.

Pekerja dan majikan premis perniagaan tidak sekali-kali meletakkan kepentingan peribadi dalam memilih bentuk hiburan yang ditayangkan kepada penonton. Malah restoran-restoran India Muslim yang terletak berhampiran satu sama lain sangat sepakat untuk menentukan jenis tayangan untuk penonton. Melalui tayangan program sukan, filem atau konsert yang sama antara satu premis dengan premis yang lain, ia membentuk kerjasama menang-menang kepada semua pengusaha restoran India Muslim. Ini dapat dilihat dengan jumlah pelanggan yang tidak jauh beza dari sudut jumlah antara satu premis dengan premis lain.

Kajian kes di Wangsa Maju menarik perhatian kami semasa melakukan pemerhatian di tiga buah restoran India Muslim yang terletak di deretan lot rumah kedai yang sama. Dengan susun atur restoran yang hampir sama kecuali papan tanda perniagaan yang berbeza, ketiga-tiga restoran India Muslim ini menayangkan filem Hong Kong yang dilakonkan oleh seorang pelakon popular yang sama pada masa yang serentak.

Petikan: http://bisnesmamak.wordpress.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s