Masalah Disiplin Gagalkan Usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR 23 Julai – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUN menyatakan, sebanyak 65 peratus daripada usahawan bumiputera yang gagal dalam perniagaan dirosakkan oleh disiplin dan integriti yang lemah manakala 35 peratus lagi kerana masalah perniagaan yang diceburi.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Mohd. Nasir Ahmad berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan menerusi Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper) itu, sebahagian besar usahawan bumiputera didapati gagal membentuk disiplin dan integriti yang baik menyebabkan perniagaan yang dijalankan terpaksa gulung tikar.

Katanya, ada juga perniagaan yang gagal disebabkan tempat yang kurang strategik di samping masalah produk yang tidak mendapat sambutan. “Dalam masa lima tahun iaitu dari 2000 hingga 2005, sebanyak 13 peratus daripada usahawan kita gagal dalam perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat khas skim Prosper Siswazah di sini semalam. Sehingga tahun lepas sebanyak 107 daripada 1,040 usahawan bumiputera yang dilahirkan daripada skim yang diperkenalkan sejak tahun 2000 didapati gagal dalam perniagaan mereka. Untuk tahun lepas sahaja PUNB meluluskan 257 permohonan pinjaman skim itu dan untuk tahun ini, perbadanan itu menyasarkan kelulusan sebanyak 280 permohonan.

Skim Prosper diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan usahawan dalam sektor peruncitan dengan menawarkan pakej keusahawanan merangkumi pembiayaan perniagaan, pengurusan perakaunan, kemahiran keusahawanan dan khidmat kenal pasti premis perniagaan.

Justeru itu, beliau menasihatkan usahawan bumiputera supaya cepat belajar, berdaya kreatif dan mempunyai pengetahuan serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam suasana perniagaan yang semakin kompetitif. Sementara itu, menyentuh mengenai skim Prosper Siswazah, Mohd. Nasir berharap siswazah yang masih mengangggur dan berminat dalam bidang perniagaan tetapi kekurangan modal supaya tampil ke hadapan.

“Kita mahu graduan bumiputera mempertimbangkan untuk menceburi bidang perniagaan sebagai punca pendapatan mereka selain makan gaji. “Tidak semestinya dia mesti ada kedai, kalau dia mahu menjalankan perniagaan jualan langsung pun kita boleh tolong,” katanya.

Beliau berkata, skim Prosper Siswazah merupakan sebahagian daripada skim Prosper iaitu siswazah yang berjaya dalam skim permulaan ini akan diberi peluang menyertai skim Prosper yang menyediakan pinjaman sehingga RM1 juta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s