Ternak Lembu – Irwan Dahnil

Salam Sejahtera,

Tajuk hari ini agak panas.. Haha.. memang panas tetapi apa yang panas tu? Saya berjumpa dengan kawan lama saya di MRSM dulu di KLCC. Dia bertanya pada saya “Ada bisnes baik tak? Aku nak berniaga, tapi berniaga apa yang paling best?” .. Saya bingkas menjawab, “Jual apa pun boleh, janji halal. Dan tau industri apa yang nak terlibat”…. Kawan satu tu garu kepala… “Industri apa haa?? Aku ternak lembu tau la “… “Ternak lembu tu satu industri tuuu… Ko business lembu je la lagi bagus “, jawab saya. Bertambah keras dia menggaru kepala… heheh Saya sedari inilah satu konsep pemilihan perniagaan yang orang tidak sedari.

Memang benar, apa produk dan perkhidmatan pun sebenarnya anda boleh ceburi.
Sebenarnya dalam sesuatu industri, wujud apa yang disebut ‘business gap‘ atau jurang perniagaan. Apa itu business gap ? Sepanjang industri, wujud perniagaan upstream dan downstream. Hah..! Apa tu? Kita ambil contoh perniagaan lembu kawan saya tadi tu. Memandangkan beliau cuma tau hal ehwal lembu, jadi secara mudahnya, saya cadangkan dia involve dalam bidang tersebut. Mengapa? Kerana itu adalah bidang yang beliau tahu. Jangan buat sesuatu yang anda tidak tahu!

Dalam industri penternakan lembu ,upstream busines atau perniagaan huluan adalah merujuk kepada perniagaan yang berlaku lebih awal dalam industri lembu dan downstream atau perniagaan hiliran adalah merujuk kepada perniagaan yang boleh dilaksanakan seterusnya. Sebagai contoh, dalam industri lembu wujudkan perniagaan seperti mengkacuk anak lembu dan menternak lembu, manakala downstream merujuk kepada perniagaan jual beli lembu, penyembelihan dan mungkin juga pemprosesan daging. Cuba lihat, hanya dengan seekor lembu, wujud satu kitaran perniagaan lembu.

Mungkin antara peluang2 perniagaan yang wujud adalah, membekal makanan lembu, membekal jentera, pengangkutan (nak angkat lembu2), peruncitan (jual daging lembu kat pasar), pemborong dan pengilangan. Cukup besar perniagaan lain yang dijanakan oleh lembu sebenarnya kan? Business gap yang wujud adalah sebarang bentuk perniagaan yang boleh wujud dari industri ini. Contohnya dalam perniagaan kacukan dan membekal anak lembu, mungkin tiada perniagaan baka2 yang diimport dari luar negara untuk dikacukkan. Sekiranya tiada perniagaan seumpamanya, itulah dikatakan business gap. Kalu wujudkan gap ini, maka itulah peluang.

Cuba cadangkan beberapa gap yang mungkin berlaku dalam perniagaan ICT ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s