Leaders Are Readers – by Irfan Khairi

Tanamkan sikap membaca. Leaders are readers!

Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca? Di sini adalah tipnya…

Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta)

Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan
mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang
masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!

Ada juga soalan, kalau baca buku ilmiah, tetapi tidak ada kena mengena dengan bidang kita bagaimana pula? Contoh, saya dalam bidang perniagaan. Tetapi, suka baca buku Travelling.
Kalau boleh, perbanyakkan buku yang berkaitan dengan bidang anda oleh kerana buku2 tersebut yang akan memperbaiki nilai diri anda dan membangunkan keadaan kewangan anda.
Buku yang tidak ada kena mengena dengan bidang anda (buku travelling dalam kes saya), hanya untuk bacaan suka2 dan untuk ilmu sampingan. Walaubagaimanapun, ia tidak banyak membantu dalam meningkatkan nilai diri sendiri.

On the other hand, jangan pula tidak baca buku-buku lain… oleh kerana kadang2, idea dan strategi dapat di ambil dari industri lain yang anda boleh aplikasikan kepada industri anda!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s