Tips Mengenal Skim Cepat Kaya

Petikan: robotys.com
Gambar: Jutawan2 Muda & Bergaya – Malaysia

Ya, topik Skim Cepat Kaya Swisscash nih yang HOT 2-3 hari lepas setelah di buktikan HARAM di sisi undang2 dan agama dah suam-suam kuku dah sekarang. Tapi disini saya nak berkongsi sedikit ilmu dalam mengenal pasti Skim Cepat Kaya ini secara general/umum. Saya tak boleh cerita detail sangat sebab Skim2 ini mempunyai banyak rupa dan gaya tetapi masih mempunyai satu persamaan yang besar:

Skim Cepat Kaya tidak melibatkan sebarang Jual Beli atau apa2 jenis bentuk perniagaan sekalipun.

Mungkin ada yang nak membidas bahawa Swisscash adalah “Pelaburan”, maka tiada jual-beli dan pelbagai bentuk perniagaan; Kerana ia bukanlah perniagaan tetapi pelaburan. Namun begitu, pelaburan yang Sah adalah di kelolakan oleh syarikat/organisasi yang di sahkan oleh kerajaan MALAYSIA. Kerana kita melabur di Malaysia, bukan di Swiss. Bentuk Pelaburan Skim cepat Kaya yang paling mudah dikenal pasti adalah:

Terlalu Ajaib pulangannya (“Too Good To Be True”)

Ya, Skim Cepat Kaya biasanya menawarkan pulangan yang terlalu ajaib seperti 300% , 200% malah pernah mencecah 1500% (nih satu HYIP yang pernah saya kaji) dalam masa yang terlalu ajaib (seperti 2 hari ke 1 tahun). Melampau bukan?
Maka, jika anda menjumpai skim2 begini yang mana anda hanya perlu “laburkan” (baca: “Leburkan”) duit anda dan dalam masa2 tertentu yang terdekat keuntungan anda akan di beri 300% dsbnya, saya nasihatkan anda “Angkat Kaki-Cabut LARI! ” biarpun org yang mengajak anda adalah insan yang tersayang. Jangan tertipu dengan skim2 sebegini lagi.
Hmm, cukup sampai sini jer kot. Lain Kali saya akan terangkan MENGAPA skim2 sebegini (Swisscash/Ponzi/HYIP/Autosurf) bukanlah Skim Pelaburan yang sebenar.

First of all, thank to Cari.com.my yang menjadikan post ini referrence untuk kes2 Swisscash. Anda boleh baca di sini: Cari.com.my (Patutla tetiba jer panas post nih )
So, seterusnya adalah penerangan kenapa skim2 Ponzi/Piramid ini bukanlah skim pelaburan yang sebenar. Kita akan akan bandingkan Skim Ponzi/Piramid dengan pelaburan Konvensional (Saham/Hartanah/Emas) dan Bank Konvensional . Please keep in your mind that I`m NOT Pakar Kewangan/Manager Bank/Pakar Saham. All this discussion berdasarkan pengetahuan yang saya ada daripada pembacaan, pertanyaan dan yang sewaktu dengannya. Don`t ask me evident and papers related. dah lama dah saya terbaca segala maklumat ini so saya sedikit “malas” nak cari balik.
Basically, Skim Ponzi/Piramid ini berfungsi dengan cara: Ahli baru yang masuk akan membayar kepada upline2nya untuk turut serta membuat keuntungan. Di sini, 100% duit tersebut akan di gunakan untuk membayar kepada upline2 nyer. Ini adalah definisi dan asas kepada sistem ponzi.
Namun, sistem tersebut amat mudah di kesan dan di kenalpasti Illegal untuk di lakukan/di jalankan. Maka sitem2 ini telah mengalami mutasi di mana ia tidak menunjukkan dengan jelas bahawa duit tersebut di gunakan untuk membayar upline. biasanya duit2 tersebut akan di “hold” dalam satu “pool” yang besar dan a group of mastermind akan mengawal siapa yang dapat dan siapa yang tidak mendapat pulangan.
Terdapat 1 faktor utama yang membolehkan skim ponzi ter-mutasi sebegitu:-
Sifat tamak manusia yang tak berkesudahan :- Kita senang terpengaruh dengan “Duit Senang”. Anda masuk->Anda bayar->Anda Goyang Kaki->Anda dapat Duit . Dengan mengeksploitasi sifat ini, kadar kemasukan ahli baru yang ramai dapat menampung pembayaran keuntungan ke upline dan ahli2 lama kerana ramai ahli baru yang masuk kerana terpengaruh dengan janji mendpat untung mudah sangat ramai. dalam erti kata lain: “TAMAK” drive the system. Kerana itulah wujudnya “timeframe” sebelum anda mendapat keuntungan. selalu kita di beritahu bahawa keuntungan yang ”fix” (tetap) akan didapati dalam masa2 yang “fix”. Timeframe ini diperlukan untuk menjana kadar kemasukan ahli yang stabil kerana kadar kemasukan ahli baru adalah berkadar terus dengan masa+advetisement campaign. Dengan itu, duit2 daripada kemasukan ahli baru dapat menampung keuntungan pelaburan ahli2 lama. Kadar keuntungan yang biasa di offer adalah sperti 300% dalam masa setahun (Swisscash), 200% dalam masa 4 hari (tipical HYIP), 150% dalam masa seminggu (tipical Autosurf) . Kadar ini adalah sangat tinggi untuk masa dan syarat yang di berikan. Untuk menampung kadar pulangan yang besar dalam masa yang singkat, hanya satu cara sahaja dapat melakukannya dalam kadar yang tetap:- Menggunakan duit ahli baru untk membayar ahli lama:- ini kerana kadar kemasukan ahli baru boleh di ramal dan di kawal berbanding sistem pulangan konvensional yang lain (business/saham/dll) .
Sekarang kita dapat lihat bahawa kebanyakan skim2 Piramid/Ponzi alaf baru semuanya memerlukan timeframe untuk anda mendapat kembali keuntungan pelaburan anda. HYIP perlukan masa, Autosurf perlukan Masa dan Swisscash perlukan Masa . Berbeza dengan pelaburan konvensional. Masa yang pelaburan konvensional perlukan adalah untuk menjalankan perniagaan dan seterusnya mendapat keuntungan pelaburan dari situ. Manakala masa yang Skim Piramid/Ponzi perlukan adalah untuk mengumpul ahli2 baru secukupnya untuk memberi pulangan kepada ahli2 lama (upline) . Ia adalah 2 benda yang berbeza walaupon memberi kesan yang sama ; Pulangan Pelaburan.
Hadeh, pening nak tulis, mesti anda nak baca pun pening jugak. After all, yang penting adalah keputusan di tangan anda. Jika anda nak join, joinla. Jika anda taknak join, takyah join. 1 more: Saya amat menentang Program2 Skim Ponzi/Piramid/Pak Man Telo tak kiralah ia menyamar dalam bentuk apa sekalipon! (Swisscash?)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s