6 LANGKAH MEMBINA PERNIAGAAN YANG BERJAYA

Walaupun begitu, yang sering kita dengar adalah kisah kegagalan dalam perniagaan. Sebenarnya lebih 90 peratus perniagaan mengalami kegagalan dalam tahun pertama sahaja! Persoalannya, apa langkah yang perlu untuk berjaya dalam perniagaan?

Langkah 1 – Tetapkan Matlamat Perniagaan


Bina satu matlamat untuk perniagaan anda. Apa yanng anda inginkan dari perniagaan dalam masa satu, dua, tiga, lima atau 10 tahun dari sekarang? Menetapakan matlamat perniagaan akan memberi ruang tumpuan supaya anda mempunyai sesuatu untuk disasarkan. Tulis matlamat supaya ia lebih jelas.
Satu teknik yang efektif dan sering digunakan di permis perniagaan adalah meletakkan matlamat ditempat yang mudah dilihat. Gambarkan perniagaan anda dapat mencapai matlamat tersebut. Lebih jelas lagi gambaran kejayaan yang anda mainkan di minda, lebih hebat motivasi yang timbul. Tetapkan matlamat dari segi pulangan kewangan, manfaat, yang diterima pelanggan, serta kepada keluarga, bangsa dan agama. Matlamat yang jelas dapat membantu merangka perancangan perniagaan.

Langkah 2 – Hanya Jual Produk atau Perkhimatan Berkualiti

Dalam menentukan produk atau perkhimatanyang ditawarkan, amat penting untuk menghasilkan hanya yang berkualliti tinggi. Sedihnya ramai usahawan fikir mereka boleh berjaya dengan menghasilkan produk atau perkhimatan yang tangkap muat sahaja! Menjual produk atau perkhimatan yanng tidak berkualiti akan memberi keuntungan pada masa singkat sahaja. Dalam perniagaan, usahawan yang berjaya perlu pandang ke hadapan dan memahami konsep keuntungan perniagaan yang berganda akan datang dalam jangka masa yang panjang.

Dalam mencari produk atau perkhimatan untuk dipasarkan, anda perlu mencari apa keperluan atau permintaan pelanggan. Atau, cari satu masalah pelanggan yang anda dapat selesaikan. Penuhi apa jua permintaan dan selesaikan masalah dengan produk yang berkualiti kerana ia memberi pulangan hebat dalam jangka masa yang panjang. Laburkan masa, wang, tenaga, dalam dalam memperbaiki produk atau perkhimatan. Sebenarnya, semua perniagaan yang berjaya adalah yang menghasilkan produk atau perkhimatan berkualiti.

Langkah 3 – Selidik Pasaran Terlebih Dahulu

Satu sebab angka perniagaan amat tinggi kerana kurang penyelidikan sebelum memulakan perniagaan. Usahawan sering kali gopoh apabila mendapat idea perniagaan yang difikirkan baik, dan terus memulakan perniagaan tanpa meniliti pasaran dan mendalami ilmu industri.

Ambil langkah demi langkah – selidik pasaran. Lakukan survey dan dapatkan maklum balas pembeli. Perbaiki perniagaan melalui maklum balas tersebut. Cari permintaan terlebih dahulu, kemudiaan barulah mulakan perniagaan. Melakukan perkara sebaliknya, iaitu memulakan perniagaan terlebih dahulu, kemudiaan mencari permintaan adalah jalan yang paling sukar. Perniagaan berjaya akan mengutamakan permintaan pasaran sebelum memasuki pasaran tersebut.

Langkah 4 – Memulakan Perniagaan Kecil


Tidak terus bermula membina satu empayar perniagaan yang besar! Satu nasihat yang baik, mulakan dengan perniagaan yang kecil-kecilan. Dengan bermula secara kecil, anda dapat mempelajari selok-belok perniagaan perlahan-lahan. Dalm membina perniagaan berjaya, tidak semestinya anda melaburkan wang yang besar mulanya. Yang perlu adalah melaburkan masa.

Salah satu cara terbaik adalah dengan memulakan modal kecil. Kemudian dengan keuntungan yang diperoleh, secara sikit demi sedikit, besarkan perniagaan itu. Teknik ini di gelar “bootstrap”. Konsep ini bertentangan dengan cerita yang biasa kita dengar – iaitu bakal usahawan membuat pinjaman sana-sini dan institusi kewangan. Wang sebegini sukar kita dapat, tetapi amat mudah untuk kita “buang” !

Alternatif lebih baik, mulakan secara kecil dan bina perniagaan melalui keuntungan anda sendiri. Modal permulaan yang terhad akan memaksa anda menggunakan imaginasi untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mencapai keuntungan. Proses ini akan mengajar anda selok-belok perniagaan dengan lebih berkesan. Di sini, kesabaran diperlukan !

Langkah 5 – Pilih Rakan Kongsi atau Pekerja dengan Teliti

Sekiranya perniagaan memerlukan rakan kongsi atau pekerja untuk membantu, teliti buat pemilihan. Kesilapan yang paling besar adalah memilih pekerja yang silap bekerja bersama anda.

Kejayaan perniagaan bergantung kepada tenaga usahayang menggerakkan perniagaan tersebut. Tenaga usaha adalah kritikal, kerana hanya kesilapan seorang sahaja, ia boleh memusnahkan harapan perniagaan.

Oleh itu, cari rakan kongsi dan pekerja dengan betul. Ambil masa yang lama untuk dan jangan bergegas. Jangan biarkan sesorang yang tidak produktif dalam perniagaan anda kerana ia hanya akan mengurangkan semangat orang lain.

Langkah 6 – Gunakan Kemudahan Pinjaman

Walaupun saya menyarankan untuk bermula secara kecil, akan tiba masanya anda perlu menggunakan kemudahan pinjaman yang disedikan institusi kewangan. Kemudahan itu diperlukan untuk memperbesarkan perniagaan yang sedia berjaya.

Untuk mendapatkan pinjaman institusi kewangan, anda perlu memiliki perniagaan yang mempunyai aliran tunai yang positif (positif cash flow). Cash flow amat penting dalam perniagaan.

Cash flow yang positif setiap bulan akan memudahkan anda membuat sebarang pinjaman. Ini hanya langkah dalam membina perniagaan berjaya. Namun, langkah tersebut tidak bermakna sekiranya anda tidak mengambilkan tindakan pertama – iaitu membuat keputusan memulakan perniagaan!

“Sembilan daripada sepulah rezeki datangnya daripada perniagaan. Seseorang yang bijak dalam pelaburan saham apabila melabur RM 5,000 mungkin akan mendapat pulangan 20-30 peratus dari jumlah pelaburannya. Namun, orang yang bijak hanya melaburkan RM5,000 untuk mendapatkan pulangan berpuluh-puluh atau beratus kali ganda.”

Petikan: Dr Irfan Khairi, Shazrina Yusuf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s