Usahawan Telekomunikasi

Peluang Perniagaan PKUT Program Khas Usahawan Telekomunikasi
PKUT merupakan satu program menarik yang diasaskan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), dengan kerjasama MARA dan TMnet, dan dilaksanakan melalui sebuah syarikat Bumiputera, FaraTech Sdn Bhd. FaraTech kemudiannya telah melantik beberapa syarikat, termasuk Acdra Sdn Bhd, untuk mencari usahawan-usahawan yang berminat menyertai program ini. Program ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan penglibatan dan kekuasaan usahawan, terutamanya Bumiputera, dalam bidang telekomunikasi.

Melalui program ini, usahawan dilantik menjadi “Authorised Reseller for TM Net”, yang membolehkan usahawan mempromosi dan menjual produk-produk TM dan TM Net. Sekiranya tidak melalui PKUT, agak susah untuk menjadi “Authorised Reseller for TM Net”.

Usahawan PKUT juga berpeluang menjual beberapa produk lain, seperti membina laman web”, pendaftaran ePerolehan Kerajaan, produk-produk Celcom, handphone, komputer dan sebagainya.

Program ini:
– Tidak memerlukan modal yang besar
– Tidak memerlukan pengetahuan teknikal
– Perniagaan yang memberikan peluang bekerja dari rumah
– Boleh di jadikan kerja sampingan
– Untuk memudahkan usahawan bumiputera berjaya melalui peluang ini,
– MARA menyediakan kursus keusahawanan
– MARA menyediakan wang pinjaman perniagaan kepada pemohon yang layak
– usahawan dibekalkan dengan pengetahuan yang mencukupi tentang setiap produk secara percuma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s