Seminar Jutawan Hartanah

Kini buat kali pertamanya, Azizi Ali, seorang Jutawan Hartanah akan membongkarkan rahsia kejayaan pelaburan hartanah melalui worksyop mininya “Jadilah Seorang Jutawan Hartanah” yang akan diadakan di dalam Bahasa Malaysia.

Jadi jika anda mahu menjana wang daripada pelaburan hartanah, mahu membina kekayaan, mahu mengelakkan kesilapan beribu-ribu ringgit, masalah yang sering memeningkan kepala dan tiada kesudahan, mahu mengurangkan kerja dan mahu menambah pendapatan selaku seorang tuan rumah, seminar ini adalah untuk anda.

Azizi Ali, seorang penulis dan penceramah terkenal dan juga digelar sebagai “Jutawan Hartanah” oleh akhbar The New Straits Times, kini akan mengajar anda bagaimana untuk membina kekayaan melalui pelaburan hartanah. Azizi sendiri telah menjana aset melebihi RM4 juta melalui pelaburan hartanah secara sambilan!

Kebaikan program ini

1. Kenapa memilih Hartanah
Azizi akan berkongsi dengan anda kenapa dia dan ramai pelabur yang berjaya memilih hartanah sebagai pelaburan utama mereka. Beliau akan menerangkan bagaimana hartanah sudah terbukti sebagai pelaburan yang memberi pulangan yang terbaik dan juga kenapa jutawan-jutawan memilih hartanah.

2. 4 faktor kejayaan kritikal di dalam Hartanah
Walaupun pelaburan hartanah memberikan pulangan terbaik, ini tidak bermakna yang anda boleh membeli sebarangan. Ribuan orang telah kerugian teruk kerana mereka tidak tahu faktor-faktor kejayaan di dalam pelaburan hartanah.

Mereka membeli tanpa pengetahuan dan tanpa ilmu. Main tembak sahaja. Inilah sebab utama mengapa ramai orang kerugian besar di dalam pelaburan hartanah. Azizi akan membongkarkan 4 faktor kritikal yang akan membimbing anda ke arah kejayaan di dalam pelaburan hartanah ini. Dengan adanya ilmu ini, anda akan berjaya menjana wang bukan hanya sekali, tetapi berulang kali!

3. 4 faktor penting tentang Hartanah
Azizi juga akan menerangkan 4 faktor tambahan penting yang akan menolong anda menjana lebih banyak wang daripada pelaburan hartanah anda. Faktor-faktor penting ini juga boleh menolong anda daripada jatuh terperangkap di dalam masalah dan kerugian besar di dalam pelaburan hartanah.

4. Bagaimana untuk menang di dalam lelongan hartanah
Sememangnya betul kita boleh mendapat belian yang amat baik di dalam lelongan hartanah. Tetapi untuk mendapat keuntungan besar ini, anda perlu tahu teknik dan strategi kejayaannya. Seminar ini akan membongkarkan rahsia bagaimana anda boleh menang di dalam lelongan hartanah dan tidak terperangkap di dalam masalah yang tiada akhirnya. Strategi yang dipakai memang terbukti berjaya. Ini bermakna anda berpeluang membeli rumah dengan harga yang amat murah.

5. Bagaimana untuk membeli hartanah tanpa deposit
Seminar ini juga akan mendedahkan teknik untuk membeli hartanah di Malaysia dengan wang deposit yang sedikit. Malah, tanpa mengeluarkan sesen pun! Ya, anda boleh membeli hartanah di Malaysia tanpa wang pendahuluan – jika anda tahu caranya. Ini bermakna yang anda tidak perlu modal yang besar untuk melabur di dalam hartanah. Modal yang ada pula boleh disimpan untuk tujuan lain.

6. Memilih gadaijanji (housing loan) yang terbaik
Azizi akan menunjukkan ciri-ciri gadaijanji yang terbaik untuk anda. Ini amat penting kerana gadaijanji yang betul akan membolehkan anda menambah kekayaan sendiri dengan menggunakan wang orang lain. Dalam masa yang sama, anda juga boleh mengurangkan jumlah modal sendiri, boleh meminjam lebih banyak dan lebih penting sentiasa mengawal kedudukan kewangan anda.

7. Cara-cara untuk menghapuskan hutang gadaijanji dengan secepat mungkin
Azizi juga akan menghuraikan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan jumlah bayaran hutang gadaijanji anda. Dengan menggunakan teknik-teknik yang disyorkan, anda boleh menyelesaikan hutang anda dalam masa kurang dari 5 tahun! Ini bermakna lebih wang di dalam poket anda.

8. Bagaimana untuk menghapuskan masalah penyewa dan menjadi Tuan Rumah Super!
Hartanah dan menjadi tuan rumah tidak dapat dipisahkan. Ianya berkait begitu rapat, bagaikan kembar Siam. Malangnya, tidak ramai tuan rumah yang dapat menjana wang daripada sewa. Itu sudah teruk. Apa yang lebih buruk lagi ialah terlalu ramai tuan rumah yang mempunyai masalah yang tiada kesudahan dengan penyewa mereka. Azizi, yang sudah menjadi seorang tuan rumah selama lebih lapan tahun akan menceritakan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengurangkan kerja, mengurangkan masalah dan menambah pendapatan dengan menjadi seorang Tuan Rumah Super – dimana penyewa membayar sewa tepat pada masanya, secara automatik dan juga menjaga hartanah anda dengan baik. Ini akan menolong anda untuk menambah kekayaan.

9. Kini di dalam Bahasa Malaysia
Azizi telah menganjurkan seminar ini di dalam Bahasa Inggeris sejak lebih lima tahun di seluruh negara. Beribu-ribu peserta telah mendapat kebaikan dari seminar ini dan telah mencipta kekayaan sendiri. Ini bermakna bahawa isi kandungan program ini sudah terbukti, praktikal, berjaya dan amat berharga. Inilah kali pertama worksyop mini ini dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia.

10. Khas untuk rakyat Malaysia
Boleh dikatakan hampir semua worksyop dan seminar kewangan di negara ini dikendalikan oleh rakyat asing. Sesetengah daripada strategi yang mereka syorkan tidak dapat diaplikasikan di Malaysia kerana undang-undang yang berbeza atau pun ketiadaan produk yang disyorkan. Tetapi, oleh kerana worksyop ini dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri (dan bukan warganegara asing) untuk rakyat Malaysia, ini bermakna semua tip dan strategi yang disyorkan boleh diaplikasikan. Dan banyak lagi…

Harga worksyop mini ini >> hanyalah RM250
http://www.jutawanhartanah.com/
http://usahawanberjaya.cjb.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s