Pengenalan kepada Multi Level Marketing (MLM)

Saudara/Saudari Para Usahawan MLM, MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia.
Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini.
Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun. Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.
Namun demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya.
Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula? Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab. Sebenarnya, punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual, teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain.
Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain. Tanyalah kepada Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL), Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY), Encik Zulkiflie Md Sohor (HAI-O MARKETING), Tuan Haji Mohd Roslan Ghazali (SHAKLEE), Encik Rahim Mat Hassan (SMC INTERNATIONAL (SUNSKY)), Tuan Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam (ZHULIAN), Encik Hamid Darus (ELKEN), Encik Ismail Montak (M-PLAN), Encik Safingi Sarikin (LION BEST), dan Tuan Haji Mohd Ridzwan Ahmad (CONY BIO). Itu adalah senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga.
Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga. Tanpa teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung. Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi.
Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi belum teruji berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s