Kejayaan Shaklee

Shaklee Terraces, San Francisco

SHAKLEE Corporation, syarikat jualan langsung makanan kesihatan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), mengenal pasti Malaysia sebagai pintu masuk utamanya bagi menembusi pasaran Asia.

Roger BernettPengerusi dan Ketua Eksekutif Shaklee, Roger Barnett, berkata Malaysia yang kini pasaran terbesar ketiganya selepas Jepun dan AS, adalah hab utama syarikat itu ke pasaran Taiwan, Hong Kong dan China.

Katanya, Malaysia menjadi hab pilihan utama ke pasaran berkenaan kerana masyarakatnya yang terdedah kepada model perniagaan berasaskan rangkaian pemasaran, selain mempunyai penduduk pelbagai kaum termasuk Cina yang masih mengekalkan hubungan dengan rakyat negara terbabit.

“Kami melihat Shaklee Products (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) sebagai batu loncatan yang strategik menembusi pasaran negara terbabit berikutan keupayaan dwibahasa rakyatnya dan budaya yang boleh menarik pengguna di pasaran yang menuturkan bahasa Cina sepenuhnya.

“Keupayaan bertutur dalam banyak bahasa menjadi kelebihan bagi Shaklee untuk meluaskan pasaran ke Taiwan, Hong Kong dan China,” kata Roger ketika ditemui selepas majlis sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan syarikat itu di San Francisco, AS, baru-baru ini.Sambutan ulang tahun yang diadakan secara besar-besaran pada 16 hingga 20 Ogos lalu dihadiri 10,000 pengedarnya dari seluruh dunia, termasuk 100 dari Malaysia.

Turut hadir, Pengurus Besar Shaklee Malaysia, Julie Yeap.Pada majlis itu, Roger turut mengumumkan Taiwan sebagai pangkalan baru Shaklee dan melancarkan dua produk baru Shaklee bagi penjagaan rumah dan kesihatan, Get Clean dan Cinch.

Roger berkata, beliau kagum dengan pengembangan produk Shaklee di Malaysia yang berjaya mengumpulkan 100,000 pengedar dalam masa 11 tahun sejak penubuhannya.Beliau berkata, Malaysia kini semakin penting kepada operasi syarikat memandangkan ia adalah pasaran ketiga terbesar selepas Jepun dan AS.

“Selepas 50 tahun beroperasi, Shaklee kini bertapak kukuh di lima negara iaitu Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico dan Amerika Syarikat dengan keahlian hampir sejuta di dunia.“Bagi 50 tahun akan datang, Shaklee berhasrat untuk mengembangkan sayapnya ke 50 negara dengan sasaran perolehan sebanyak AS$5 bilion,” katanya.
Beliau berkata, Shaklee sudah membelanjakan lebih AS$250 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).Katanya, ini menunjukkan betapa seriusnya Shaklee bagi menghasilkan produk berkualiti untuk pengguna.
Sementara itu, Presiden Shaklee International Inc, Grant Pace, berkata, Shaklee Corporation mencatatkan perolehan RM1.86 bilion pada tahun lalu, dijana anak syarikatnya yang beroperasi di lima negara.“Daripada jumlah ini, Malaysia penyumbang ketiga terbesar,” katanya.
For more information: shahproduction@gmail.com / 016-237 9111

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s