Bab 2 : Cipta Semula Diri Anda

Sebelum: Mengapa BUKAN Perniagaan Jualan Langsung?, Bab 1 : 2 Pilihan
Petikan: www.plazacentre.net

Ramai orang yang menyertai jualan langsung tidak “mencipta semula diri mereka”. Apakah maksudnya?Manusia mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam itu ialah ego di dalam diri. Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja yang baik atau betul. Mereka tidak mahu menerima teguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang ego anda. Anda mesti bersedia menerimateguran dan tunjuk ajar biar pun yang memberikan teguran atau tunjuk ajar itu adalah orang yang lebih muda daripada anda. Inilah yang dikatakan “cipta semula (recreate)”.

Jangan tutup hati dan telinga anda daripada menerima sesuatu yang baik demi memajukan perniagaan anda. Anggapan bahawa anda lebih pandai atau sudah pandai perlu anda kikis. Anda mesti bersedia diberi tunjuk ajar dan bersedia untuk belajar. Ilmu perniagaan ini tidak terbatas. Anda mungkin tidak mengetahui semua perkara mengenai MLM tetapi orang yang memberi anda tunjuk ajar itu mempunyai pengetahuan tentang perkara yang tidak anda ketahui. Anda mesti bersedia untuk terus belajar. Ilmu perniagaan jualan langsung yang anda pelajari hari ini tidak akan relevan lagi pada 4-5 tahun akan datang. Jadi, anda mesti memperuntukkan masa pada setiap hari untuk belajar ilmu perniagaan MLM yang baru sama ada melalui pergaulan dengan orang lain, seminar, rally, konvensyen, atau membacanya daripada buku-buku dan majalah yang berkaitan.

Anda juga jangan kedekut mengajar orang lain, khususnya pengedar baru yang menjadi downline anda. Anda mesti mencurahkan segala pengetahuan yang ada pada anda untuk mereka. Jika mereka berjaya menyerap segala pengetahuan anda dan mempraktikkannya, anda akan lebih segera berjaya. Downline anda bukan ditaja untuk ditinggalkan tetapi sangat dahaga akan tunjuk ajar anda. Ajarlah mereka agar mereka berjaya juga. Mereka berjaya, anda berjaya juga.Anda jangan sekali-kali percaya bahawa hanya syarikat MLM tertentu sahaja yang akan menjanjikan kejayaan mutlak. Semua syarikat MLM adalah sama. Walaupun pelan pemasarannya berbeza tetapi matlamatnya adalah sama. Kejayaan bukan terletak pada apa nama syarikat MLM itu tetapi kejayaan terletak pada apa yang anda lakukan. Satu perkara yang mesti anda ingat sentiasa dan mesti anda hebahkan kepada downline anda ialah Perniagaan MLM menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas untuk cepat kaya.

Menjadi kaya dan menjadi cepat kaya adalah berbeza. Menjadi kaya adalah benar tetapi menjadi cepat kaya adalah hampir mustahil. Tidak ada sesiapa pun yang telah menjadi cepat kaya dalam industri ini. Yang ada hanyalah yang menjadi kaya setelah bertahun-tahun menjadi pengedar.Sebagai perbandingan dan contoh, Puan Saadah Badrus yang menjadi pengedar REVELL dan kini dianggap sebagai salah seorang jutawan dalam industri ini di Malaysia hanya menjadi kaya setelah 4 tahun bersama syarikat ini setelah gagal mencapai impian beliau bersama 13 buah syarikat MLM lain sebelumnya.

Jangan percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya, tajalah prospek sebanyak mungkin. Anggapan ini adalah songsang. Tidak ada gunanya, anda menaja sehingga beratus-ratus orang ahli baru, tetapi mereka tidak aktif atau anda sendiri tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka.Yang penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini ialah organisasi yang kuat dan aktif biar pun dianggotai hanya oleh puluhan orang sahaja. Mungkin anda masih ingat akan kata-kata hikmat Soekarno : Berikan aku tujuh orang pemuda, nescaya gunung akan aku ratakan. Ini bererti kuantiti ahli bukan prasyarat untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan ini bergantung sepenuhnya pada kualiti yang ada pada ahli. Seperti Soekarno, beliau meminta 7 orang pemuda, bukannya 700 orang tua!

Jika selama ini anda tergolong di kalangan orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain, maka anda haruslah mengubah sikap ini. Dalam MLM,anda mesti bergaul dengan orang lain. Dengan bergaul, anda boleh membuat jualan, membuat penajaan, dan yang terpenting, anda akan memperoleh pengetahuan baru untuk memajukan perniagaan anda.

Masalah adalah asam garam dalam MLM. Semua pengedar MLM ada masalah. Tetapi, anda MESTI menganggap masalah itu sebagai cabaran. Seperti masalah yang mesti diatasi, cabaran juga mesti anda harungi. Setelah cabaran itu dapat anda atasi, maka di hadapan akan terbentang jalan lurus menuju kejayaan. Orang yang takut menghadapi cabaran tidak akan berjaya. Jangan berumah di tepi pantai jika anda takut akan ombak yang melanda. Jangan berniaga, jika anda takut rugi atau gagal.Sebenarnya, perniagaan MLM ini perniagaan tanpa risiko. Jika anda rugi pun, anda hanya rugi sedikit. Jadi, apa yang mesti anda takutkan? Anda bukan berniaga bermodalkan ribuan ringgit. Anda hanya bermodalkan tidak pun sampai RM100 semasa anda menerima starter kit anda. Ramai pengedar yang saya temui sering berkata bahawa mereka takut menjual dan menaja. Saya sendiri tidak faham akan apa yang ditakuti oleh mereka.

Mereka takut kalau-kalau bakal pelanggan mereka enggan membeli barangan mereka sedangkan mereka belum pun memperkenalkan barangan itu. Jika sudah pasti, bakal pelanggan menolak barangan itu, itu hanyalah dia seorang sedangkan di negara ini, terdapat jutaan penduduk. Seperti kata basahan, belum cuba belum tahu.

Jika anda takut, anda mesti menghapuskan perasaan takut itu dengan menemui paling kurang 10 orang pelanggan setiap hari. Saya jamin bahawasetelah anda menemui seorang pelanggan yang mahu membeli barangan anda, perasaan takut itu akan bertukar menjadi seronok. Kadang-kadang,ada orang yang takut menghampiri rumah kosong kerana sudah ada perasaan takut sebelum memasuki rumah itu. Orang begini perlu masuk sekali saja ke dalam rumah kosong itu, nescaya akan hilanglah perasaan takutnya terhadap rumah itu. Anda hanya perlu menemui seorang pelanggan atau seorang prospek baru sahaja untuk menghapuskan perasaan takut yang tidak berasas itu.

Terdapat beberapa andaian awal yang negatif yang sentiasa bermain-main dalam fikiran pengedar baru, iaitu:
* Menjual barangan MLM adalah sukar
* Belum tentu prospek ingin menjadi ahli
* Leceh membuat susulan selepas jualan pertama (servis pelanggan)
* Tidak ada masa lapang untuk berniaga
* Sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini
* Mampukah saya memimpin downline saya?
* Jualan Minima Bulanan (maintain) amat tinggi
* Masuk jualan langsung untuk memperkaya upline

Menjual Barangan MLM
Adalah silap jika anda beranggapan bahawa menjual barangan edaran anda, anda mesti pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah sambil mengetuk pintu rumah pelanggan. Anda tidak perlu berbuat demikian. Anda perlu membuat jualan kepada diri anda dahulu. Anda mesti mencuba barangan itu untuk menikmati keberkesanannya. Jika anda tidak menggunakannya (menjual kepada diri anda), bagaimana anda hendak menerangkan kebaikan produk anda kepada pelanggan anda? Setelah anda telah mengetahui kebaikan produk itu sendiri, perkenalkanlah (to intoduce) (BUKAN MENJUAL!) atau berkongsilah (to sharing) kepada orang yang paling rapat dengan anda seperti adik-beradik anda dan kawan rapat anda.

Percayalah, jika bilangan mereka 10 orang, anda akan secara automatik akan mendapat 10 orang pelanggan baru kelak kerana sudah menjadi resam manusia, seorang manusia akan mempunyai kenalan yang lain. Dengan ini, pelanggan anda akan bercambah tanpa anda sedari sedangkan anda hanya memperkenalkan barangan anda hanya kepada orang yang paling rapat dengan anda.Anda janganlah cuba menjadi supersalesman dengan pergi dari pintu ke pintu kerana saya percaya sebagai manusia, kita tidak ada kudrat seperti itu.

Membuat Tajaan
Jangan memulakan penajaan terhadap orang yang belum anda kenali melainkan prospek itu ialah orang yang dikenali betul oleh downline anda. Anda harus meneliti kesungguhan prospek itu sebelum anda menawarkan starter kit kepada mereka. Prospek yang berbakat dan berkualiti dapat anda kenali melalui masa anda membuat pembentangan tentang peluang perniagaan ini. Lazimnya, mereka yang berbakat dan berkualiti ialah yang sentiasa menumpukan perhatian pada pembentangan/demonstrasi yang anda lakukan dan sentiasa pula mengemukakan soalan-soalan yang baik.

Satu jalan mudah untuk membuat penajaan adalah kepada orang yang rapat dengan anda yang telah pun merasai kebaikan produk yang anda perkenalkan itu. Katakan secara lembut (slow-talk) kepada mereka bahawa jika mereka menjadi pengedar produk itu, mereka akan mendapat sekurang-kurangnya 2 faedah, iaitu mereka dapat membeli produk itu mengikut harga pengedar (biasanya terdapat diskaun 25% bagi setiap produk) yang lebih menjimatkan dan mereka akan mendapat perniagaan sendiri untuk meraih pendapatan sampingan setiap bulan.

Jika syarikat MLM memperuntukkan pengumpulan kopun, mereka akan mendapat peluang untuk memiliki barangan lain yang tidak terdapat dalam senarai produk syarikat secara percuma apabila jumlah kopun yang dikumpul oleh mereka mencukupi untuk melayakkan mereka menerima hadiah.

Seperti menjual (memperkenalkan) di atas tadi, mereka juga akan membuat penajaan kepada orang yang dikenali oleh mereka setelah mereka menjadi pengedar. Saya percaya, daripada 10 orang yang menjadi pelanggan anda akan ada 4-5 orang yang benar-benar berminat untuk menjadi pengedar.

Membuat Servis
Ramai pengedar beranggapan bahawa servis tidak perlu bahkan suatu perbuatan leceh. Pada anggapan mereka, pelanggan tidak memerlukan servis. Servis amat perlu dalam MLM kerana servis umpama iklan produk biasa yang biasa ke udara di televisyen atau disiarkan di akhbar. Anda tidak boleh membuat iklan produk dalam televisyen atau akhbar kerana salah dari segi Akta Jualan Langsung.

Jadi, servislah pengganti iklan. Dengan servis, anda telah menunjukkan kesungguhan anda terhadap perniagaan ini dan komitmen anda untuk membantu pelanggan anda. Jika anda tidak membuat servis, anda tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda setelah menggunakan produk itu. Jika produk itu mendatangkan masalah kepada pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda akan dituduh tidak bertanggungjawab menjual/memperkenalkan produk yang tidak berkualiti. Jika pula produk itu memberikan kebaikan kepada pelanggan anda dan anda tidak membuat servis, anda telah kehilangan peluang keemasan untuk memperkenalkan barangan lain dalam senarai produk syarikat MLM anda.

Jika anda memberikan servis (susulan selepas membuat jualan), pelanggan anda akan berasa dihargai dan akan mencari anda untuk membeli produk yang sama pada masa hadapan setelah produk itu habis digunakan. Jadi, servis bukan perbuatan yang leceh tetapi suatu kaedah untuk menyemai perasaan saling mempercayai antara anda dengan pelanggan anda.Gunakan servis untuk menjual lebih banyak barangan baru dalam senarai barangan yang ada dalam syarikat MLM anda.

Anda Tidak Ada Masa Lapang?
Semua orang mempunyai masa yang sama – 24 jam, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, atau 365 hari setahun. Pengedar yang telah berjaya juga mempunyai masa yang sama. Pengedar yang mengatakan bahawa mereka tidak ada masa lapang sebenarnya membuat andaian salah. Jika anda bekerja dengan kerajaan, anda ada masa lapang pada hujung minggu. Jika anda bekerja mengikut shif, akan ada masa lapang sebelum tiba masa bekerja.

Peliknya, pengedar yang berkata bahawa mereka tidak ada masa lapang, masih ada masa menonton televisyen atau berjalan-jalan di bandar pada hujung minggu. Sebenarnya, mereka hanya memberikan alasan tidak logik. Anda mesti keluar daripada zon keselesaan sekarang ini agar anda dapat masuk ke dalam zon keselesaan itu sampai bila-bila. Maksudnya, anda mesti mengorbankan masa rehat/masa lapang anda untuk beberapa tempoh dengan membuat perniagaan MLM ini sungguh-sungguh kerana apabila anda sudah berjaya kelak, anda akan masuk semula ke dalam zon keselesaan ini.

Sebagai pengedar sambilan, anda hanya perlu memperuntukkan lebih kurang 1-2 jam yang berkualiti untuk perniagaan ini, bukannya 12 jam! Yang paling baik mencipta masa lapang adalah dengan membuat jadual khusus perniagaan MLM ini. Binalah jadual secara sistematik. Jika anda memperuntukkan masa antara 1 hingga 2 jam sehari untuk perniagaan ini, maka jangan bazirkan masa itu dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Bekerjalah dengan bijak, bukan bekerja dengan kuat.

Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini
Ramai pengedar merungut. Macam mana hendak menjual dan menaja kerana sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini? Memang benar terlalu banyak pengedar dalam sesebuah syarikat MLM tetapi bukan semua pengedar berdaftar yang benar-benar serius melakukan perniagaan ini.

Hanya 5% sahaja yang bergiat aktif sementara selebihnya telah “tidur”. Jika anda pengedar yang masih aktif, ini peluang anda untuk mendapatkan jualan dan tajaan yang sepatutnya menjadi jualan dan tajaan pengedar yang “tidur” itu.

Penduduk negara ini bertambah setiap hari dengan kelahiran bayi. Ini bermakna pada setiap hari, anda mempunyai pelanggan yang belum anda dekati. Ini bermakna pada setiap hari, beribu-ribu orang penduduk Malaysia yang merayakan hari jadinya yang ke-18 yang lazimnya had umur layak menjadi pengedar. Inilah bakal prospek anda. Jika anda masih aktif, saya percaya, anda akan dapat membuat jualan produk baru syarikat MLM anda kerana kebanyakan syarikat MLM di negara ini telah mengeluarkan barangan baru untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Pelanggan pengedar yang “tidur” kini menanti kedatangan anda. Jadi, anda tidak harus melepaskan peluang itu. Ada pengedar yang nombor kehliannya (ID Number) sekitar 6XXXXX telah pun mencapai hirarki tertinggi mengatasi pengedar lama yang nombor Idnya sekitar 4 hingga 5 angka. Saya berani memberikan jaminan bahawa jika anda tidak mendapat seorang pun pelanggan setelah anda berusaha memperkenalkan produk anda kepada mereka, saya sendiri akan membeli produk anda.

Adalah amat mustahil tidak ada seorang pun yang mahu membeli produk anda setelah anda berusaha memperkenalkannya. Jangan jadikan suatu alasan “Sudah banyak orang buat” sehingga anda tidak mahu menjalankan perniagaan ini.

Mampukah Saya Memimpin Downline Saya?
Perkataan “memimpin” perlu anda tukar kepada “membantu”. Ada boleh membantu orang lain seperti anda membantu isteri di dapur, membantu anak-anak menyelesaikan masalah kerja sekolah, membantu orang tua melintas jalan, dan sebagainya. Ingatlah, sebelum anda mampu membantu (memimpin), anda telah pun terlebih dahulu dibantu (dipimpin) oleh upline anda. Tiru bagaimana upline anda membantu anda dahulu. Itulah cara mudah untuk membantu downline anda.

Dalam MLM ini, tiru-meniru kaedah adalah tidak salah. Dengan pengetahuan yang anda pelajari daripada upline anda, anda gunakanlah untuk membantu downline anda. Seringlah menghubungi mereka dengan bertanyakan soalan : “Apa yang boleh saya bantu?”, “Di mana kita hendak pergi hari ini/esok?”, “Ada apa-apa masalahkah semasa membuat jualan/tajaan?”, dan pelbagai pertanyaan yang menjurus kepada usaha untuk menghulurkan bantuan. Jika anda masih kekurangan ilmu memimpin/membantu, hadirilah seminar, mesyuarat mingguan/bulanan, rally, konvensyen yang dianjurkan oleh syarikat, atau baca buku-buku kepimpinan dalam perniagaan. Dengan penambahan ilmu itu, anda pasti akan menjadi pemimpin MLM yang berwibawa.

Maintain Bulanan Sangat Tinggi
Terdapat syarikat MLM yang menetapkan jualan minimum bulanan yang agak tinggi untuk melayakkan pengedar menerima bonus. Seperti yang dinyatakan di atas, maintain bulanan itu bukanlah suatu masalah jika anda berusaha untuk menjual produk anda kepada pelanggan anda. 250 Point Value untuk anda layak menerima bonus bukanlah besar jika anda membuat jualan. Jika anda malas atau enggan membuat jualan, dengan syarikat MLM yang menawarkan maintain bulanan terendah pun, anda masih tidak akan layak untuk menerima bonus.

Saya sendiri telah menyaksikan beberapa orang pengedar dalam sebuah syarikat MLM tempatan yang maintainnya hanya RM30 (sekarang RM50) bukan berasaskan point value (PV), masih gagal memperoleh bonus kerana mereka tidak melakukan jualan hatta untuk membeli barangan bagi kegunaan peribadi mereka.

Jadi, sama ada maintain bulanan syarikat itu tinggi atau rendah, ini bukanlah penghalang kepada anda untuk terus menjalankan perniagaan ini. Mengapa pengedar dalam sebuah syarikat MLM beribu pejabat di Amerika yang maintainnya sekitar 250PV (bersamaan lebih kurang RM400-500)masih dapat memperoleh bonus mereka pada setiap bulan? Jawapannya ialah mereka tetap melakukan jualan biar pun terdapat saingan.

Benarkah Masuk Jualan Langsung Hanya Memperkaya Upline?
Perniagaan MLM adalah perniagaan peribadi. Anda berniaga bukan untuk upline anda. Jika anda bekerja dengan bersungguh-sungguh, anda yang akan merasai hasilnya, bukannya upline anda. Mana-mana upline yang menganggap bahawa setelah mereka menaja ramai pengedar baru lalu mereka duduk goyang kaki, maka mereka akan tersingkir. Terdapat syarikat jualan langsung di Malaysia yang pelan pemasarannya membenarkan downline “memotong” upline yang tidak berusaha sungguh-sungguh.

Jika upline anda menerima bonus yang lumayan dan mereka masih berusaha sungguh-sungguh, maka itu adalah adil kerana mereka mendapat hasil daripada kesungguhan mereka. Saya telah menyaksikan beberapa orang usahawan MLM yang menerima bonus dalam lingkungan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan telah kehilangan nikmat itu setelah mereka sambil lewa melakukan perniagaan ini. Sebaliknya, downline mereka pula yang menerima bonus dalam jumlah sebegitu. Inilah keistimewaan MLM.

Anda bukan bekerja untuk memperkaya upline anda. MLM yang asli bukan Skim Cepat Kaya atau Skim Piramid/Binary Scheme yang bertopengkan MLM. Dalam MLM Skim Binari atau Piramid, upline boleh duduk goyang kaki sedangkan downlinenya bertungkus-lumus bekerja. Hanya Piramid Di Mesir Kukuh Berdiri Piramid Di Malaysia Semuanya Roboh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s