Siti Nurhaliza Kongsi Kejayaan

KUALA LUMPUR: Kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 27, ke dewan pameran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mencuri tumpuan orang ramai termasuk perwakilan Umno.
Siti yang berkebaya putih dan berselendang biru, diundang untuk berkongsi rahsia kejayaannya sebagai penyanyi dan usahawan, selain membincangkan isu serius membabitkan agenda nasional.
Pada majlis itu, Siti berkata, untuk berjaya seseorang perlu berpegang teguh kepada tiga asas, iaitu berkerja keras, berani dan ikhlas.
“Siti menyokong penuh ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menasihatkan ahli supaya melakukan kerja dengan ikhlas untuk memastikan setiap pekerjaan diberkati Allah.
“Malah, kejayaan Siti hari ini juga dibantu pasukan kerja yang baik, iaitu keluarga Siti sendiri yang sentiasa menyokong dan merestui bidang yang Siti ceburi,” katanya sambil menambah, setiap pekerjaan itu perlu disertai dengan minat.
Siti yang kelihatan serius ketika membincangkan agenda kerajaan, termasuk lima teras Misi Nasional, berkata sebagai seorang selebriti, beliau turut memainkan peranan menjayakan misi kerajaan itu.
“Siti selalu mengingatkan peminat Siti untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan dan bersedia menghadapi cabaran dengan berpegang kepada keteguhan modal insan untuk menjana minda kelas pertama.
“Kejayaan perlu disulami dengan pengorbanan. Justeru, Siti juga terpaksa berkorban dengan melupakan keseronokan zaman remaja untuk memberi tumpuan penuh terhadap kerjaya,” katanya.
Peluang bertemu dan mengajukan soalan kepada penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu dimanfaatkan sepenuhnya pengunjung pusat pameran berkenaan dengan menyentuh kehidupan peribadinya.
Ketika diminta mengulas soal rumah tangga dan cahaya mata, Siti berkata, wanita berkerjaya perlu bijak membahagikan masa bagi menjamin keharmonian rumah tangga.
“Sekiranya ada rezeki, Siti bersedia menimang cahaya mata pada bila-bila masa,” katanya.
Posted in Berita Harian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s