Rasuah Sekat Kemajuan Ekonomi

Usaha Kerajaan meningkatkan integriti di kalangan rakyat semakin giat diteruskan. Tarikh 5 November telah diumum sebagai Hari Integriti Nasional untuk meneruskan usaha membina kesedaran masyarakat mengenai integriti. Selepas Hari Integriti Nasional, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mengumumkan kempen antirasuah melalui pemakaian lencana ‘Saya Anti Rasuah’ pada seragam polis. Mengikut laporan, lebih 40,000 lencana telah diagih kepada anggota PDRM.

Sehubungan kempen ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan, juga melaporkan cuma lima peratus daripada 87,000 pegawai dan anggota polis dianggarkan terbabit dalam gejala rasuah dan penyelewengan. Malangnya bagi PDRM, lima peratus ini memberi imej buruk kepada PDRM secara keseluruhan. Oleh itu, kenyataan bahawa pengurusan PDRM memandang serius masalah rasuah walaupun peratusan pembabitan dianggap kecil amat kita alu-alukan. Tindakan PDRM ini harus dicontohi jabatan lain dalam usaha memerangi rasuah.Kita tahu amalan rasuah bukan membabitkan PDRM saja.
Kita sering mendengar cerita rasuah di kalangan jabatan lain. Tanpa niat ingin mencemar nama baik mana-mana jabatan kerajaan, tanggapan umum ialah kebanyakan jabatan kerajaan, khususnya berkaitan penguatkuasaan, terbabit dengan amalan rasuah. Masalah rasuah akan berterusan selagi pemberi dan penerima rasuah sanggup melakukannya. Berdasarkan peranan dan tugas, kakitangan kerajaan dengan sendirinya menjadi penerima rasuah dan orang awam sebagai pemberinya. Daripada kalangan pemberi rasuah, masyarakat perniagaan dipercayai menjadi golongan utama. Usahawan dan peniaga mendakwa terpaksa memberi rasuah kerana diminta oleh kakitangan tertentu jabatan kerajaan supaya urusan mereka dapat diurus segera.
Sektor ekonomi amat penting untuk memajukan negara. Justeru, kerajaan perlu mengurus ekonomi dengan baik supaya pembangunan negara dapat berterusan. Keperluan mengurus ekonomi memaksa kerajaan menetapkan dasar dan peraturan tertentu supaya kegiatan ekonomi bergerak dengan cekap.
Setiap dasar dan peraturan berkaitan perniagaan sudah pasti digubal untuk memberi hasil terbaik kepada semua pihak berkepentingan. Kesediaan kerajaan memperbaiki kelemahan dasar atau peraturan terbukti dengan perubahan dan pindaan dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, setiap dasar dan peraturan kerajaan hanya berkesan jika pegawai pelaksana menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan jujur.
Sikap amanah dan jujur ini melambangkan integriti individu terbabit. Sebarang penyimpangan daripada tanggungjawab adalah perbuatan khianat dan mencemar integriti. Integriti menentukan sama ada seseorang sanggup melakukan salah laku. Orang berintegriti setia sepenuhnya dan tidak berpura-pura. Individu berintegriti tidak ada apa untuk disembunyikan atau ditakutkan. Akhirnya nanti, integriti menentukan sama ada seseorang itu dapat hidup gembira atau mempunyai jiwa tidak tenteram. Integriti boleh tercemar dengan pelbagai bentuk amalan tidak baik. Sebagai contoh, seorang ketua telah mencemar integritinya apabila mengarah orang bawahannya datang awal ke tempat kerja, tetapi dia sendiri datang lewat.Pekerja mencuri masa bekerja untuk urusan peribadi atau mengguna harta benda organisasi untuk kepentingan sendiri adalah juga contoh salah laku yang mencacatkan integriti seseorang.
Gejala besar mencemar integriti negara dan memerlukan perhatian serius ialah amalan rasuah. Ada badan antarabangsa menilai dan menyenarai kedudukan pelbagai negara dalam senarai mengikut tahap amalan rasuah. Kedudukan negara kita dalam senarai ini berdasarkan laporan terakhir tentu tidak membanggakan dan pasti memberi imej tertentu mengenai negara kepada orang luar. Tetapi imej hanyalah berkaitan pandangan dan fikiran orang mengenai kita. Integriti lebih penting kerana ia adalah diri kita sebenarnya dan boleh membina reputasi kukuh mengatasi imej. Kita tidak dapat memperbaiki imej jika tidak memperbaiki diri sendiri. Imej negara berkaitan amalan rasuah akan pulih sendiri dengan meningkatkan tahap integriti negara keseluruhannya. Integriti tinggi akan membina reputasi kukuh dan mengubah pandangan orang kepada negara.
Kita sebenarnya kurang pasti sejauh mana masalah rasuah dalam negara. Statistik berkaitan laporan amalan rasuah tidak mencerminkan keadaan sebenar kerana mungkin banyak kegiatan rasuah tidak dilaporkan dan tidak dikesan. Namun jika ‘cakap-cakap’ di kalangan usahawan dan peniaga boleh diterima, amalan rasuah di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta institusi swasta mungkin lebih buruk daripada apa yang kita ingin percaya. Ada usahawan mendakwa pegawai tertentu jabatan dan agensi kerajaan, institusi kewangan pemberi pinjam atau pelanggan besar daripada sektor kerajaan dan swasta akan meminta imbuhan peribadi sebelum menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka. Permintaan mungkin dibuat secara langsung atau tidak langsung.
Saya sentiasa menasihatkan usahawan menghadapi masalah ini membuat laporan kepada peringkat atasan jabatan atau organisasi terbabit supaya tindakan dapat diambil. Malangnya ramai usahawan tidak berani membuat laporan dan rela memberi rasuah sebagai jalan mudah penyelesaian serta bimbang disenarai hitam.
Usaha membanteras rasuah perlu bermula pada peringkat tertinggi setiap organisasi. Semua ketua jabatan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) perlu membuktikan integriti mereka sebagai contoh untuk diteladani oleh semua peringkat pekerja. Setiap organisasi hendaklah sentiasa menilai sistem dan proses kerja supaya sesuai dengan keperluan semasa dan mempunyai kaedah kawalan mencukupi. Kuasa dan tanggungjawab setiap individu perlu ada check and balance. Sistem kerja mesti telus dan terbuka kepada semakan dan pemeriksaan. Sistem kerja sebaik mana sekalipun menjadi sia-sia apabila ditangani oleh petugas tidak berintegriti. Ketua jabatan dan CEO perlu meluangkan masa menilai integriti kakitangan dan menggalak orang luar mengadu terus kepada mereka jika berlaku salah laku di kalangan kakitangan.
Kesedaran peribadi mengenai integriti oleh semua lapisan masyarakat amat penting jika kita ingin menang dalam usaha memerangi rasuah. Kempen antirasuah harus diperhebatkan supaya ekonomi negara dapat berkembang dengan cekap dan berkesan.Usaha Kerajaan meningkatkan integriti di kalangan rakyat semakin giat diteruskan. Tarikh 5 November telah diumum sebagai Hari Integriti Nasional untuk meneruskan usaha membina kesedaran masyarakat mengenai integriti. Selepas Hari Integriti Nasional, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mengumumkan kempen antirasuah melalui pemakaian lencana ‘Saya Anti Rasuah’ pada seragam polis. Mengikut laporan, lebih 40,000 lencana telah diagih kepada anggota PDRM.

Sehubungan kempen ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan, juga melaporkan cuma lima peratus daripada 87,000 pegawai dan anggota polis dianggarkan terbabit dalam gejala rasuah dan penyelewengan. Malangnya bagi PDRM, lima peratus ini memberi imej buruk kepada PDRM secara keseluruhan. Oleh itu, kenyataan bahawa pengurusan PDRM memandang serius masalah rasuah walaupun peratusan pembabitan dianggap kecil amat kita alu-alukan. Tindakan PDRM ini harus dicontohi jabatan lain dalam usaha memerangi rasuah.Kita tahu amalan rasuah bukan membabitkan PDRM saja.
Kita sering mendengar cerita rasuah di kalangan jabatan lain. Tanpa niat ingin mencemar nama baik mana-mana jabatan kerajaan, tanggapan umum ialah kebanyakan jabatan kerajaan, khususnya berkaitan penguatkuasaan, terbabit dengan amalan rasuah. Masalah rasuah akan berterusan selagi pemberi dan penerima rasuah sanggup melakukannya. Berdasarkan peranan dan tugas, kakitangan kerajaan dengan sendirinya menjadi penerima rasuah dan orang awam sebagai pemberinya. Daripada kalangan pemberi rasuah, masyarakat perniagaan dipercayai menjadi golongan utama. Usahawan dan peniaga mendakwa terpaksa memberi rasuah kerana diminta oleh kakitangan tertentu jabatan kerajaan supaya urusan mereka dapat diurus segera.
Sektor ekonomi amat penting untuk memajukan negara. Justeru, kerajaan perlu mengurus ekonomi dengan baik supaya pembangunan negara dapat berterusan. Keperluan mengurus ekonomi memaksa kerajaan menetapkan dasar dan peraturan tertentu supaya kegiatan ekonomi bergerak dengan cekap.
Setiap dasar dan peraturan berkaitan perniagaan sudah pasti digubal untuk memberi hasil terbaik kepada semua pihak berkepentingan. Kesediaan kerajaan memperbaiki kelemahan dasar atau peraturan terbukti dengan perubahan dan pindaan dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, setiap dasar dan peraturan kerajaan hanya berkesan jika pegawai pelaksana menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan jujur.
Sikap amanah dan jujur ini melambangkan integriti individu terbabit. Sebarang penyimpangan daripada tanggungjawab adalah perbuatan khianat dan mencemar integriti. Integriti menentukan sama ada seseorang sanggup melakukan salah laku. Orang berintegriti setia sepenuhnya dan tidak berpura-pura. Individu berintegriti tidak ada apa untuk disembunyikan atau ditakutkan. Akhirnya nanti, integriti menentukan sama ada seseorang itu dapat hidup gembira atau mempunyai jiwa tidak tenteram. Integriti boleh tercemar dengan pelbagai bentuk amalan tidak baik. Sebagai contoh, seorang ketua telah mencemar integritinya apabila mengarah orang bawahannya datang awal ke tempat kerja, tetapi dia sendiri datang lewat.Pekerja mencuri masa bekerja untuk urusan peribadi atau mengguna harta benda organisasi untuk kepentingan sendiri adalah juga contoh salah laku yang mencacatkan integriti seseorang.
Gejala besar mencemar integriti negara dan memerlukan perhatian serius ialah amalan rasuah. Ada badan antarabangsa menilai dan menyenarai kedudukan pelbagai negara dalam senarai mengikut tahap amalan rasuah. Kedudukan negara kita dalam senarai ini berdasarkan laporan terakhir tentu tidak membanggakan dan pasti memberi imej tertentu mengenai negara kepada orang luar. Tetapi imej hanyalah berkaitan pandangan dan fikiran orang mengenai kita. Integriti lebih penting kerana ia adalah diri kita sebenarnya dan boleh membina reputasi kukuh mengatasi imej. Kita tidak dapat memperbaiki imej jika tidak memperbaiki diri sendiri. Imej negara berkaitan amalan rasuah akan pulih sendiri dengan meningkatkan tahap integriti negara keseluruhannya. Integriti tinggi akan membina reputasi kukuh dan mengubah pandangan orang kepada negara.
Kita sebenarnya kurang pasti sejauh mana masalah rasuah dalam negara. Statistik berkaitan laporan amalan rasuah tidak mencerminkan keadaan sebenar kerana mungkin banyak kegiatan rasuah tidak dilaporkan dan tidak dikesan. Namun jika ‘cakap-cakap’ di kalangan usahawan dan peniaga boleh diterima, amalan rasuah di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta institusi swasta mungkin lebih buruk daripada apa yang kita ingin percaya. Ada usahawan mendakwa pegawai tertentu jabatan dan agensi kerajaan, institusi kewangan pemberi pinjam atau pelanggan besar daripada sektor kerajaan dan swasta akan meminta imbuhan peribadi sebelum menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka. Permintaan mungkin dibuat secara langsung atau tidak langsung.
Saya sentiasa menasihatkan usahawan menghadapi masalah ini membuat laporan kepada peringkat atasan jabatan atau organisasi terbabit supaya tindakan dapat diambil. Malangnya ramai usahawan tidak berani membuat laporan dan rela memberi rasuah sebagai jalan mudah penyelesaian serta bimbang disenarai hitam.
Usaha membanteras rasuah perlu bermula pada peringkat tertinggi setiap organisasi. Semua ketua jabatan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) perlu membuktikan integriti mereka sebagai contoh untuk diteladani oleh semua peringkat pekerja. Setiap organisasi hendaklah sentiasa menilai sistem dan proses kerja supaya sesuai dengan keperluan semasa dan mempunyai kaedah kawalan mencukupi. Kuasa dan tanggungjawab setiap individu perlu ada check and balance. Sistem kerja mesti telus dan terbuka kepada semakan dan pemeriksaan. Sistem kerja sebaik mana sekalipun menjadi sia-sia apabila ditangani oleh petugas tidak berintegriti. Ketua jabatan dan CEO perlu meluangkan masa menilai integriti kakitangan dan menggalak orang luar mengadu terus kepada mereka jika berlaku salah laku di kalangan kakitangan.
Kesedaran peribadi mengenai integriti oleh semua lapisan masyarakat amat penting jika kita ingin menang dalam usaha memerangi rasuah. Kempen antirasuah harus diperhebatkan supaya ekonomi negara dapat berkembang dengan cekap dan berkesan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s