Industri Penjagaan Bayi Mampu Beri Pulangan Lumayan

Industri penjagaan bayi dan kanak-kanak di negara ini dijangka terus berkembang pesat dengan kebanyakan pesertanya mampu menikmati pulangan lumayan jika melaksanakan strategi perniagaan yang betul. Pertumbuhan jualan industri itu biasanya dijana oleh arah aliran fesyen pakaian yang berubah-ubah dan penghasilan produk keperluan dan permainan bayi dan kanak-kanak yang inovatif dan menarik.

Pemilik Cemara Pesona Sdn Bhd, Lena Rahman, berkata antara strategi paling berkesan dalam industri itu ialah memastikan produk yang dijual sentiasa berubah dan mengikut arah aliran semasa. “Ibu bapa biasanya sanggup mengeluarkan wang yang berpatutan dengan kualiti dan jenama produk yang dijual,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini. Cemara Pesona ialah francaisi bagi rangkaian kedai Mom’s Care yang menawarkan pelbagai produk dan keperluan untuk bayi dan kanak-kanak sejak lahir hingga berusia empat tahun. Lena sudah terbabit selama enam tahun dalam industri itu dengan mengendalikan cawangan Mom’s Care di tiga lokasi berbeza.

Percubaan pertamanya membabitkan cawangan di Desa Sri Hartamas, kedua di USJ Taipan dan terbaru di Alamanda.Bagaimanapun operasi di Desa Sri Hartamas dan USJ Taipan sudah pun ditutup. “Operasi di Alamanda memberi pulangan menggalakkan dengan jumlah purata jualan bulanan mampu mencecah sehingga RM50,000,” katanya. Katanya, ketika memulakan perniagaan beliau agak bimbang dengan sambutan orang ramai terutama kerana produk yang ditawarkan di Mom’s Care ditawarkan pada harga agak tinggi berbanding di pasar raya biasa. “Bagaimanapun sikap ibu bapa yang sebenarnya tidak kisah berbelanja untuk anak-anak mereka asalkan kualiti barangan terjamin, membantu pihaknya mencatat prestasi jualan membanggakan,” katanya.

Lena berkata, permintaan bagi produk bayi dan kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak mungkin berakhir dan terus berkembang.“Boleh dikatakan mudah untuk berniaga dalam industri ini jika kita mempunyai margin keuntungan yang memuaskan,” katanya. Lena berkata, amnya, tahap persaingan adalah berbeza-beza bagi segmen yang berlainan dalam industri itu.“Biasanya ia tidak begitu kompetitif dalam pasaran pertengahan dan mewah,” katanya. Cemara Pesona ialah antara syarikat yang menerima kemudahan pembiayaan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUN di bawah PROSPER.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s